|
|
|
|
|
|
Siapakah kami? Jikalau anda sangka ada suatu nama di sini, anda akan kecewa. Kerana kami tidak mahu membangunkan suatu organisasi, kami tidak dapat merujukkan anda kepada suatu nama atau struktur. Kami Kristen yang mahu mencontohi dan mempraktikkan kehidupan umat Kristian pertama yang kita baca dalam Alkitab. Kami tidak mempunyai mazhab ataupun organisasi. Kami bersama kerana setiap seorang daripada kami mahu mengikuti Yesus, Tuhan dan Allah kami (Yohanes 20:28), bukan kerana kami diwajibkan berbuat demikian oleh suatu persatuan. Hanya Kitab Suci (Alkitab) sahaja dasar kami bagi pengajaran Kristen. Setiap hari, kami berkumpul bersama-sama untuk merenungkan Firman Allah. Kami mahu mengambil Alkitab dengan bersungguh-sungguh sebagai kewibawaan bagi iman dan hidup, mengertinya dalam lingkungan sejarah dan sastera (seperti perumpamaan), dan menggunakan pemikiran untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Dengan itu, kami mahu mengelakkan kesilapan dalam pemahaman Alkitab yang fundamentalis ataupun liberal. Kami mengakui kepercayaan yang diakui dalam Krid (Creed) abad pertama, terutamanya seperti ternyata dalam Krid Niceo-konstantinopolitan dan Athanasia. Bagi kami, kepercayaan adalah kenyataan yang meliputi segala lapangan hidup kami dan bukan tradisi yang diturunkan. Kami jemaat yang kecil tetapi kami datang dari asal-usul berlainan dan mempunyai pekerjaan yang berbeza. Kami hanya mahu hidup sebagai Kristen, sebagai adik-beradik, saudara-saudara yang memuliakan Allah sebagai Bapa dan Yesus sebagai Tuhan bersama. Kami menolak struktur hirarki kerana ini bercanggahan dengan Firman Allah dan juga kasih akan saudara-saudara. Kami sangat pasti bahawa kesatuan Kristen yang Allah mahukan bukanlah hasil struktur dan pemerintahan manusia, tetapi hasil ketaatan kepada Firman. Kami adalah satu kerana setiap seorang daripada kami mahu merendahkan diri dan mengikuti apa yang Allah telah memperlihatkan bagi semua manusia dalam Kitab Suci. Sekarang, kami kenal umat Kristian sebahagian negara-negara di Eropa. Kami juga amat bersukacita jika kami dapat berkenalan dengan saudara-saudara di negara-negara dan benua-benua yang lain. Jikalau umat Kristian tinggal berdekatan dan tidak saling mengambilberat tentang satu sama lain, ini dosa yang besar yang bertentangan dengan kasih akan saudara-saudara. Dalam I Yohanes 3:14-16, seorang rasul tulis:
Tambahan sebagai penjelasan: Kami tiada kaitan dengan International Church of Christ yang juga mengaku mereka tidak mempunyai nama sama sekali. Sebenarnya, organisasi ini memperkenalkan diri dengan nama di atas dan mempunyai struktur hirarki yang ketat. Bagi mereka, keselamatan jiwa tidak bergantung kepada seseorang, sama ada dia betul-betul mahu menjadi pengikut Yesus atau tidak, tetapi bergantung kepada baptisan formalis dalam organisasi mereka. Kenyataannya, mereka hidup mengikut keinginan-keinginan duniawi. Kami bukan penganut mana-mana "nabi" atau "mesias" zaman baru seperti William M. Branham, Joseph Smith, dan Sun Myung Moon. Yesus telah membawa wahyu yang muktamad dan langsung. Yesus adalah pengakhirannya (Yohanes 15:15 dan Ibrani 1:1-3). Utusan Yesus telah selesai dan tidak boleh diselesaikan lagi oleh mana-mana nabi yang mencalonkan sendiri. Kami tentulah tiada kaitan dengan Watchtower (saksi-saksi Jehova) dan jijik akan ideologi seks daripada mereka yang dipanggil anak-anak Allah (Family of Love). |
Documents on this website may be distributed in an unchanged and complete form for private use. Publishing or using these documents in any other form or for any other purpose is only permitted subject to our agreement. [IE6 or higher][1024x768][Full Screen(F11)] |